Thursday, 27 September 2018

Asal stress je cari blog. stress je cari blog kan. memang... Memang kena cari blog sebab kat sini cakap je ko nak cakap apa. xde orang peduli pun. at least nanti aku dah tua aku ada tempat nk baca balik e-diary aku ni. Alah, bukan ada orang baca ponn hahaha. Tu pun kalau umur panjang la InsyaAllah. Ha, nak tahu tak stress apa? Uiii stress tengok org ofis aku ni. Dengan aku kalau bercakap x penah nak senyum tapi kalau ngan jantan helok je dia layan boleh gurau2 lagi.. phuiiiiii..
eh geram pulak kite.

Balik keje ni nak balik kg. x syabarnya. meh la nak ikut hehehe. xde mood uiii nak buat keje. aduiii malasnya. mana mood ni... mood nak holiday tapi duit tak dak je ada hahaha...
tolong la sesapa meh join gelak ngan aku. eh kalau ikutkan aku dah keje sini setahun sebulan dah bapak ah geng management ni buat x tahu je. nok harom betull.. ooiiii naikkan gaji aku la hanat.. dh setahun lebih aku keje sini ooii. ko ingat senang ke aku nak maintain keje ssampai setahun ni?? azab oiii...

Dalam pala hotak aku ni kan sebenarnya aku tgh mencari2 idea bisnes. nk buat bisnes apa ye. guna modal kecik dulu. Bukan tu je. Banyak benda lain duk menyerabutkan otak aku ni. aku simpan sini la dulu. bagi ruang sikit kat dia, sian dia.
nak niaga
nak balik kampung
nak deko umah
nak masak sedap2
barang2 nk balik kg belum pack
umah besepah
nak diet
rindu anak
gaji lambat lagi bulan ni
duit xde

ok.. sampai sini dulu. babai....

Thursday, 4 December 2014

Stress

Makin hari aku rasa makin stress plak.dengan semua beban kerja diletakkan atas bahu aku.abah x berapa kuat, dh dua kali kena strok.mak patah tangan.adik beradik semua takde. Ada yg bongsu sorang form 3. Semua kerja aku yg kena buat. Jadi driver mak abah lagi. Jadi driver bukan dekat, jauh2 plak tu. Skali gerak mau makan masa setengah jam nk smpai yg paling dekat. Ni hari ahad ni plak kena gi KB, makan dua jam plak atas jalan raya. Aku bukan nk salahkan sesapa tapi... aku memang niat nk tlg mak abah aku.kalau x aku, sapa lagi nk bantu diorang kn.aku ank diorang. Tapi tulah ada rasa sedikit tertekan bila org sakit ni x dengar ckp. Nk marah nnt terasa plak. Masa kita kecik2 dulu diorang jaga kita,nk marah ke nk piat telinga kita ke xpe la kalau kita x dengar ckp. Ni kalau mak abah yg x dengar cakap, x kan kita nk piat telinga diorang plak. Orang tua kan, makin berusia makin keluar la perangai diorang. Muda2 dulu pun xde mcm ni. So apa yg kena buat, sabar je la bebanyak ye. Nk buat mcm mana. Masa ni la nk balas budi diorang pun. Stress tolak tepi. Keep 😊😊😊!! Buat kerja kena ikhlas.

Wednesday, 26 November 2014

Mak terbabas motor.

Pagi2 lagi kami dikejutkan dengan kejadian yg x diduga. Mak terbabas ngan motor. Ya Allah sedih sgt tengok mak. Doktor ckap bahu dia patah. Masa pangku mak tadi aku x mampu nk tahan air mata. Sedih sgt. Mak x penah jatuh motor. Dia dh ada penyakit kencing manis. Risau kalau luka2 tu memudaratkan dia. YA ALLAH KAU SEMBUHKAN LAH MAK SEPERTI SEDIA KALA YA ALLAH. Dia terbabas masa nk keluar cari rezeki utk adik2 dan utk kelangsungan hidup. Pada usia 54 dia masih gagah memulas stering kereta mencurah segala kemahiran yg dia ada utk pelajar2 dia. Tanpa dia kami adik beradik ni xde la debab2 mcm skrg. Rasa bersalah menebal la jugak dlm diri aku kerana x dapat tlg mak cari rezeki. Aku cuma mampu sumbangkan tenaga yg ada menguruskan rumah masa mak pegi kerja. Lagipun aku dh bersuami, ni pun aku tinggal jap suami aku kat rawang tu. Sunyi rumah. Biasanya sunyi jugak waktu mcm ni tapi kali ni sunyinya lain macam.. sunyi yg menyedihkan. Ok la. Nk gi hospital jap kt mak. Ape2 nnt aku update lagu ye.. assalamualaikum..

Sunday, 23 November 2014

Miss my childhood sister...

Just now.. gaduh ngan kakak aku yg dari kecik mmg kami kamceng sebulu. Aku tak tau kenapa dia skrg ni dia mcm totally changed. Di usia aku 24 dan dia 27, kami boleh gaduh lagi? Oh no.. aku mmg tak blh terima. Sepatutnya pada usia mcm ni kami patut lebih matang. Dia memang selalu nk marah2 je. Apa benda yg tak kena sikit mula la nk menengking2 org. Kalau x caya tanya la adik beradik aku yg lain. Aku plak mmg jenis aku bila org ckp mcm nk cari gaduh ngan aku, aku cuba cool n menyopan santunkan kata2 sebolehnya. Tapi kalau org tu still jgk ckp mcm tu, memang terkurang ajar jgk la aku. Kita dah ckap baik2 kan. Aku sanggup pospone balik Rawang kt husband aku semata2 nk tggu kakak aku tu balik, cukup la 4 bradik ank perempuan pak asan tapi mcm ni dia layan aku. Ye.. dia byk tlg aku. Aku banyak susahkan dia. Aku org susah. Aku betul2 terasa. Tak boleh ke kita adik beradik jangan gaduh? Tak boleh ke kita adik beradik x marah2? Boleh tak kita adik beradik cakap elok2 sesama kita? Aku syg family aku..

Friday, 21 November 2014

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama aku buat blog, hari ni baru aku rasa nk menaip hehehe. Bukan apa, aku banyak cerita nk bagitahu tapi sebelum ni aku lebih suka diam dan fikir sendiri moral of the story setiap cerita yg aku lihat, dengar dan baca tu. Aku jadi takut nak share sejak keyboard warriors mula mengviruskan fb. Aku takut ramai plak yg gaduh pasal cerita yg aku nk sampaikan tu. Maklumlah zaman sekarang ni semua orang cepat je nk naik angin dan mulalah keluar perkataan yg budak2 tak patut baca. Aku tak nak disebabkan cerita2 aku, orang lain yg dapat dosa plak kan. Tapi setelah ditimbang balik, aku rasa aku perlu cerita jugak sebab semua orang kena tau masalah zaman kita sekarang ni. Hidup kita menuju mati, bukan kekal selamanya.!! Pesanan aku, kalau nk baca cerita aku,silakan walaupun dalam SPM, bm aku tak kredit aku tetap nk menulis hehehe. Masa exam tu aku ada masalah skit. Tapi please jangan gaduh². Kalau nk bincang, bincang dengan berhemah. Aku amat bencikan pergaduhan! Kerana islam kena bersatu. 😉😉😁😁